Saturday, February 5, 2011

bangun lawan

Sekarang kebanyakan rakyat negara Arab sedang melawan korupsi.Mula dengan Tunisia sampai ke Mesir,terus cabut lari P.M Tunisia yang masalahnya,1st lady dorang kaut bawa lari harta.

Mesir pula sebab PM dia tak sedar diri,da lebih 30 tahun memerintah.Ekonomi rakyat makin daif,yang kaya terus kaya yang miskin terus kayap.Seronok bila aku tengok video rakyat2 bangun melawan ketidakadilan.

Aku ada adik student kt sne,Mansoura University.Dia la banyak aku tanya pasal keadaan kat sne.Orang bila dah ada kuasa,lupa daratan.Gunakan apa yang boleh termasuk tembak rakyat yang bangun.Bila aku tengok video dorg turun ke jalan raya,meremang bulu.Tak sangka negara rakyat Arab akan bangun melawan korupsi.

Aku paling sedih bila die cerita yang seorang warga emas,umur 70 keatas mati ditembak polis.Ada tempat yang dibom tp dia ckp yang bom tu bukan orang yang bangun melawan tapi menakut2kn rakyat bahawa demonstrasi jalanan ni bahaya so,rakyat2 akan kembali ke autoriti.Aku rasa selalu sangat cara mcm ni digunakan utk membuat kita rasa takut dan bergantung pada autoriti yang kuasa kebanyakan disalah gunakn utk kepentingan.

Aku harap aku ada kt sna utk melihat kebangkitan rakyat melawan penindasan tp sayang,aku masih disini melihat manusia2 ditiup dan percaya pada penipuan sampai bila pn aku xtahu.Mungkin terlalu sibuk kejarkan wang tp tidak pnh terpikir knape kita kerjakan wang?