Friday, August 20, 2010

Kepuraan bahagian 1.

salam.
selamat berpuasa kepada yang sedang menjalani ibadah puasa.Semoga ibadah ini mendekatkan diri dengan tuhan.Bulan antara bulan ini adalah mulia.Semua melakukan untuk mendapat balasan daripada-Nya.

Bagi aku,bulan ini juga penuh kepura-puraan.Kau boleh berjumpa dengan jenis-jenis kaki party,animal party what so every yang terjebak dengan scene ini yang tidak pergi ke tempat-tempat ini pada bulan ramadhan.Bagusla kalau ko menghayati agama ko sepenuhnya tapi jika dilakukan hanya untuk bulan ramadhan apa tujuannya?1 bulan itu hanya digunakan untuk menghormati tuhan kemudian dengan mudah melupakannya?Kononnya menghormati bulan ramadhan tapi bulan2 mendatang lebih teruk.Manusia ini lebih hormatkan bulan ramadhan atau Tuhan mereka?Hormat,adalah salah satu perkataan yang agak popular dalam bulan ramdhan.anda boleh berjumpa dengan manusia yang berpuasa pada awal ramadhan dan akhir ramadhan.Ini lagi masalah yang agak pelik tapi benar.Memang terdapat manusia jenis ini.

Aku kadang-kadang naik rimas dengan manusia yang berlumba-lumba menjadi pengikut yang mulia tapi hanya pura-pura.Jika anda menggunakan FACEBOOK,pasti terdapat video yang di'posting' untuk kesedaran tapi kenapa pada bulan ini sahaja,manusia yang bergelar muslim berlumba untuk mengingatkan sesama mereka?Apa jadi pada bulan2 selain bulan ramadhan?Aku ada memberi komen terhadap video budak yang main-main sembahyang dalam gereja.Kemudian aku dituduh kristian sebab kebanyakan komen hanya untuk mencaci,padahal video itu sudah lama keluar kemudian di upload semua dalam bulan ramadhan ini untuk mencaci,menghina budak didalam video tersebut.

klik untuk pembesaran



Adakah komen aku menghina Islam?Terdapat juga manusia yang menjadikan alasan bangsa.Islam ini agama bukan bangsa/kaum,jadi kenapa terdapat tulisan begini.Apa masalah sampai aku dituduh begitu rupa.

Ingat,puasa boleh menginsafkan kita ketika lapar dan dahaga terhadap manusia yang tidak berkemampuan tapi bila waktu berbuka terdapat pembaziran.Terlalu banyak makanan daripada manusia.

Aku tahu aku tidak hebat dalam bab agama tapi aku pelik kenapa manusia berfikir sedemikian rupa.
ISLAM INI BUKAN HAK ORANG MELAYU,IA UNTUK SEMUA.

p.s,hari ini tiada bahasa rojak.

No comments: